Semasa

Dasar ekonomi Rahmah, tingkat ekonomi B40 dan miskin tegar

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka Dasar Ekonomi Rahmah dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan B40 dan miskin tegar.

Dasar terbabit akan jadi polisi untuk KPDN

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Dasar Ekonomi Rahmah ini adalah selaras dengan komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan miskin tegar tahun ini.

Salahuddin berkata dasar berkenaan dijangka dapat disiapkan pada September ini dan ia akan dibawa untuk dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kabinet.

Katanya dasar berkenaan akan menjadi satu polisi yang membina di peringkat KPDN untuk terus menyantuni golongan sasar itu terutamanya dari segi aspek ekonomi mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi ahli panel dalam forum bertajuk “Menangani Kos Sara Hidup, Meningkatkan Kemakmuran Rakyat” di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

“Pertamanya, KPDN bukan lagi menyantuni mereka menerusi inisiatif (bersifat) sekali beri atau bermusim seperti Inisiatif Payung Rahmah. Keduanya bagaimana melihat subsidi yang sebahagian besarnya memang diperuntukkan kerajaan mesti tepat sampai kepada golongan sasar.

“Ketiganya, KPDN akan fokus kepada membangunkan ekonomi rakyat itu sendiri mungkin menerusi program sedia ada seperti perniagaan dalam talian dan ‘francais’ di peringkat kementerian dan Inisiatif Daya,” tambahnya.

Beliau berkata Dasar Ekonomi Rahmah itu juga dirangka supaya dapat membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Negara sekali gus dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar.

Sebelum ini, Anwar pernah menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan pada tahun ini.
-AA

play youtube,
xnxx,
xvideos,
xvideos,
porn,
hentai,
xxx,
sex việt,
Phim sex,
MP3 download,
,
,
Chinese Sex,
MY FREE MP3,
American porn,

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close